Tuesday, December 18, 2012


BAB 1 : 6 ARIF

 “Baik lah nama yang cikgu panggil sila beratur di sini ya” arah Cikgu Hashafa sambil menunjuk kan tempat yang perlu beratur. “Nama yang cikgu panggil ni yang akan masuk kelas 6Arif saje” Cikgu Hashafa pun mamanggil nama-nama yang tersenarai di atas kertas. Selepas selasai memanggil nama-nama yang bakal masuk kelas 6Arif pun beratu kemudian memasuki kelas bersama guru kelas iaitu Ustazah Yuza Azmira.Di dalam kelas, suasana hening. Tiada satu suara pun keluar. Ustazah Yuza Azmira yang berada di meja guru meneliti buku adab pelajar-pelajarnya. Murid-murid di dalam kelas itu diam tidak berkutik. Semuanya memandang kea rah Ustazah Yuza Azmira yang berada di hadapan. Tiba-tiba, suara Ustazah Yuza Azmira mengetuk kesunyian kelas itu.
“Saya akan beri buku adab ni. Bawa balik dan tunjukkan pada ibu bapa kamu. Buka sekolah  nanti, Bawa dan beri pada saya,” Kata Ustazah Yuza Azmira.
“Baik , Ustazah ,” Jawab murid-murid serentak. Nama seorang demi seorang dipanggil maka seorang demi seorang mengambil buku adab masing-masing.
 “Hah, ni ustazah nak tanya, cuba kamu tengok siapa kawan-kawan kamu yang dah turun kelas?”   Ustazah Yuza Azmira berkata. Lalu satu kelas 6Arif tengok sekeliling kelas macam mencari sesuatu hilang. “Atiqah?” “Hasnor?” “Hafiz?”
“Bagus !Jadi, ambil tauladan daripada mereka. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan biar turun kelas kalau kamu nak pandai. Faham ?” Pesan Ustazah Yuza Azmira.
“Faham, Ustazah !” Kata murid-murid dengan suara kuat.
Kring ! Kring ! Bunyi loceng rehat berbunyi. “Terima kasih Ustazah Yuza!” murid-murid kelas 6 Arif pun bangun kemudian semua murid berpusu-pusu keluar dari kelas. Murid-murid kelas 6 Arif yang diam sejak tadi mula bingit. Ustazah Yuza Azmira keluar dari kelas selepas mereka mengucapkan terima kasih.

“Jom ! Ambil gambar !,” Ajak Athirah Hairol. Rakan-rakannya mengangguk tanda setuju. Mereka berdiri di luar kelas. Lalu, membuat bermacam-macam gaya .
“Amboi ! Ambik gambar tak ajak Anis pun,” Tegur Anis secara tiba-tiba yang baru saja hendak keluar kelas. Mereka memandang ke arah Anis. Dengan muka yang keliru bercampur terkejut.
“La, kenapa tak cakap ?” Soal Masitah. Rakan-rakan yang lain mengangguk.
“Dah, tiada orang nak ajak ,” rajuk Anis. Membuat muka sedih.
“Ala, janganlah merajuk. Okey, Lain kali. Kalau kami nak ambil gambar kami ajak Anis. Okey ?Deal ?” kata Masitah dengan nada yang gembira.
“Deal !” Anis senyum gembira. Mereka mula bergambar dengan pelbagai gaya. Ada yang gaya dua jari. Ada yang gaya membuat bentuk Hati. Ada yang sengih. Pelbagai ragam mereka ini.
Murid-murid perempuan pun sambung mengambil gambar. Lain pula aktiviti murid-murid lelaki. Rancak bercerita perihal bola sepak yang berlangsung semalam.
Aku dengan bapak aku rasa macam nak baling je refree tu dah lah berat sebelah.” Kata Khairil dari kelas lain.Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.
“Itulah. Kalau pemain Thailand yang buat salah tak kena kad pula. Pemain Malaysia dah berapa orang kena kad. Tak adil, “ Sambung Idham menambahkan kerancakkan persembangan mereka.

Seketika itu, Fatin yang sedang sibuk berangan di dalam kelas ditegur oleh Hanees, Bella dan Dayang.
“Yo! Fatain!” tegur Hanees dengar nada yang kuat sambil meggetuk meja berhadapan Fatin.
Si Fatin yang temenung jauh kemudian tersentak dangan kehadiran mereka.
“Owh, ish korang ni buat terkejut aku je. Lain kali bagi la salam ke ape ke, kalo ko buat cam ni lame-lame kat aku boleh sakit jantung aku dibuat nye nanti kalo aku masuk hospital cam ner? Susah mak ayah aku nak hanta aku pergi hospital.” bebel si Fatin panjang lebar.
“Ala, relex ah gurau je” pujuk Bella.
Kemudian mereka duduk di sebelah dan juga hadapan Fatin.
“Kau pegi mane cuti ni tak kan duduk rumah je kot?.” Tanya Dayang sambil makan makanan yang baru dibeli nya di kantin.
“Aku akan pergi ke Korea! Jangan jalez” kata Fatin dengan nada yang sombng.
Hanees  dan Bella terkejut dengan jawapan si Fatin.
“Ceh pegi Korea konon.” Jawab dayang dengan nada yang agak menyampah
“Ceh tak de la. Aku pergi LANGKAWI! Naik kapal terbang woo~” jawab Fatin dengan riang.
“WOW! nak ikut!” kata Dayang dan Hanees dengan serentak.
“Haa boleh tapi kena bayar tambang sendiri okay?” jawab Fatin dengan nada yang agak sombong. Maklum lah naik kapal terbang bukan nya murah macam naik bas.
“Korang lak pergi mane? tak pergi bercuti ke dengan keluarga ke?.” tanya Fatin.
“Aku balik kampung pastu tak tau pergi mane.” Jawab Hanees dangan agak bosan kerana dia hanya balik kampung saja.
“Aku lak nak pergi PD, sebab ade sedare kahwin. Pastu pergi Johor ade kenduri tahlil.” Jawab Dayang.
“Kite lak pergi Perak. Saje jalan-jalan cari pasal. Hehehe. Pastu balik dari Perak kite pegi Melaka.” Jawab Bella nada yang teruja maklum lah lepas balik dari sini pastu nak ke sana. Tak lah bosan sanat duduk kat rumah. Boleh explore sikit Malaysia ni.

Tanpa sedari loceng habis waktu rehat pun bunyi. Murid-murid mula nya masuk kelas tetepi memandangkan guru sedang sibuk dangan hal masing-masing, suasana di dalam kelas agak huru hara seperti berada di pasar malam. Tapi rasa nya pasar malam pun tidak sebising itu.
Di dalam kelas ada yang berlari, menyanyi, menjerit, melompat, menggila dan macam-macam lagi. Tetapi memandang kan ada murid-mmurid yang baik ada juga yang membaca buku dan membuat latihan. Ade yang lagi baik, ada yang menolong cikgu membuat kerja.
Beberapa minit kemudian loceng yang menunjuk kan waktu sekolah sudah habis pun berbunyi.
Ramai diantara murid-murid bersalaman di antara murid-murid dan tidak lupa juga cikgu-cikgu yang berada di dewan terbuka sekolah dan di bilik guru. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan mereka. Murid-murid pulang dengan ceria ke rumah masing-masing.
Kring ! Kring ! Bunyi loceng sekolah tanda waktu tamat sekolah. Murid-murid keluar dari sekolah dengan perasaan gembira. Lain pula dengan tahun enam yang bakal meninggalkan sekolah rendah. Ada yang menangis, ada yang berpeluk-pelukan. Murid-murid tahun lima yang melihat memandang dengan perasan terkedu. Mereka berfikir beginilah gayanya tahun depan. Mereka bakal menggantikan tempat mereka.------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ini new e-novel. Hasil nukilan daripada saya dan kawan saya. Enjoy !




No comments:

Post a Comment